Selasa, 29 Mei 2012

MASALAH MASALAH ALAM SEKITAR DUNIA

Terdapat banyak masalah yang melanda dunia pada ketika ini. Kebanyakan diantara masalah ini adalah masalah yang berkait dengan alam sekitar. Alam sekitar di definisikan sebagai sesuatu di sekeliling yang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi secara dalaman atau luaran terhadap sesuatu organism. Sesuatu organism selanjutnya boleh dipengaruhi secara positif atau negative dengan keadaan alam sekeliling. Para saintis bersetuju bahawa dengan berterusanya globalisasi masalah loka akan ditransformasikan kepada isu – isu yang akan membawa kesan di peringkat dunia antarabangsa. Sesungguhnya hanya terdapat beberapa masyarakat yang tidak tersentuh dengan masalah – masalah alam sekitar. Satu daripada masalah – masalah alam sekitar yang terbukti di dunia kini ialah pencemaran. Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang berlaku di persekitaran dan selanjutnya membawa ancaman besar kepada kewujudan organism – organism. Satu daripada bentuk pencemaran ialah pencemaran udara. Pencemaran udara meliputi semua pencemar – pencemar yang dijumpai di atmosfera dan ia boleh dalam bentuk partikel – partikel atau gas –gas. Bahan – bahan ini dianggap sebagai berbahaya kepada organism kerana ia boleh meracuni ataupun membunuh.
Sumber – sumber pencemaran boleh berasal dari manusia atau semulajadi . Walaubagaimanapun, dalam dunia hari ini manusia telah mendominasi dalam menghasilkan peningkatan amaun pencemaran kerana mereka merupakan majoriti yang menghasilkan bahan pencemar ke udara.
Sebagai tambahan kepada masalah pencemaran udara, masalah alam sekitar yang lain pula ialah lambakan sisa terhadap alam sekitar. Manusia selalu melambakan sisa sampah yang sangat berbahaya kepada organisma.
Disebabkan berterusanya perkembangan industri tahap sisa berbahaya juga terus berkembang. Kebanyakan manusia tidak mampu mengelak dari menghasilkan sisa berbahaya disebabkan tiadanya kesedaran terhadap masalah alam sekitar ini. Lambakan sampah bermula apabila seseorang mula membuang sampah tanpa menyedari ia boleh membahayakan alam sekitar. Keadaan sampah itu tidak menjadi hal, tetapi fakta yang sebenar sisa akan termendap ke tanah dan suatu masa akan membahayakan organisma
Selain dari masalah – masalah yang disebutkan tadi, alam sekitar kini juga sedang berhadapan dengan masalah serius iaitu kerosakan hutan hujan. Namun, bila dibandingkan dengan masalah – masalah lain, isu ini menjadi perhatian media yang utama. Disebalik larangan untuk melakukan pembalakan , masalah ini masih terus wujud. 

Beberapa kes dilaporkan berlaku berkenaan dengan pembalakkan satu daripadanya kes yang berlaku di Brazil. Direkodkan bahawa di Brazil kawasan pembalakkan adalah seluas negara Nebraska. Moreso hutan hujan Amazon , hutan yang dikenali sebagai kawasan tarikan hutan hujan seperti Zaire, Indonesia, venuzela dan Columbia telah mencatatkan pengurangan yang sebelumnya merupakan hutan dara.
Pemanasan global juga merujuk sebagai kesan rumah hijau ia merupakan antara maslaah alam sekitar yang dihadapi dunia kini.
Isu ini telah menjadi perhatian dunia pada hari ini. Beberapa badan seperti kerajaan, para saintos dan environmentalis mengambil keperihatinan yang tinggi mengenai isu ini kerana ia merupakan suatu isu terbesar yang mengancam manusia dan organisma. 

Pemanasan global berlaku apabila gas – gas begrgabung di atas permukaan bumi dan membentuk bumi yang dlindungi dengan rumah hijau. Gas – gas ini kemudian memerangkap haba yang berhampiran dengan permukaan bumi yang selanjutnya bakal mengancam alam sekitar. Pemanasan global yang berlaku dengan pantas amat berbahaya kerana ia diramal akan meningkatkan suhu bumi yang akan mengancam alam sekitar dengan lebih dahsyat. 
Ribut, kemarau dan banjir merupakan beberapa petanda yang diakibatkan oleh pemanasan global dan environmentalis percaya ia akan lebih merbahaya daripada sekarang.

Sumber: http://id.shvoong.com/exact-sciences/1940940-masalah-masalah-alam-sekitar-dunia/#ixzz1wJvJogbf

1 komentar:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - KSHR
    Harrah's Cherokee Casino Resort locations, rates, amenities: 구리 출장안마 expert Cherokee research, 익산 출장안마 only at 충청북도 출장마사지 Hotel 고양 출장마사지 and Travel Index. Real guest reviews, 안동 출장샵 latest photos,

    BalasHapus